KEK LAPIS BUMI
(Sumber : HaSue: I Love My Life)
Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa)
- 220g Mentega
- 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis
- 110g /1 Gelas tepung gandum
- 5 Biji telur
- 150g seri kaya
- 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini
- 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas)
- 1/2 penutup botol esen vanilla
- Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya
- Panaskan pengukus. Loyang digris dengan mentega dan di tabur tepung sekata.
- Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
- Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
- Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
- Setelah itu,masukkan pula tepung gandum.. tepung gandum boleh diayak terus ke dalam adunan)
- Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe dan gaul rata
- Tuangkan separuh adunan kuning,tutup dengan aluminium foil dan kukus 3-5 minit(bergantung saiz pengukus),jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan adunan dah tak cair semasa hendak memasukkan lapisan ke dua dan seterusnya..-seperti membuat kueh lapis.. :)
- Seterusnya masukkan setengah adunan lapisan nescafe
- Diikuti separuh adunan lapisan hijau. (Terpulang nak letak kuning atau hijau di permulaan lapisan. Seterusnya ulangi langkah pertama tadi sehingga adunan habis.




















